Pada malam ahad, 12 Ogos yang lalu, saya dan dua orang anak saya menyaksikan Perlawanan bolasepak Piala Kejuaran Belia di Stadium Negeri Sarawak, perlawanan di antara Bayern Munich dan Chelsea.
Semasa menyaksikan perlawanan tersebut, yang berakhir dengan seri 1-1, saya mendapat satu kefahaman mengenai keselamatan pekerjaaan. Perlawanan bolasepak boleh dijadikan metafor bagi memahami aspek keselamatan di tempat kerja. Mengabaikan keselamatan di tempat kerja akan berakhir dengan kemalangan, samada ianya serius meragut nyawa atau hampir mencederakan ( "near missed" - sepatutnya "near happened").
Pertahanan sesebuah pasukan boleh diibaratkan sebagai langkah pengawalan (control measures) bagi mengelak berlakunya akibat dari pendedahan kepada hazad .Efek Hazad ibarat serangan pasukan lawan untuk mendapatkan gol. Gol dalam konteks bolasepak boleh diibarat sebagai Kemalangan dalam konteks Keselamatan di tempat kerja.
Apabila hantaran bola dari seorang pemain kepada pemain berikutnya bertepatan dan pada masa yang sama berlaku kelekaan atau kelalaian pemain pertahanan lawan, maka tendangan untuk mendapatkan gol akan berjaya dengan mudah. Begitu juga dalam aspek keselamatan pekerjaan, apabila perlakuan tidak selamat dan keadaan tidak selamat berlaku serentak disertai dengan kekurangan langkah pengawalan, maka akan berlakulah kemalangan. Pelarasan atau "synchronising" faktor-faktor ini dipanggil oleh pakar bidang keselamatan sebagai "Swiss Cheese Model" bagi sesuatu kemalangan untuk berlaku.
Kiriman ini menandakan laman blog ini akan menggunakan dwi bahasa dalam kiriman seterusnya. Kiriman ini telah dibuat melalui pelayar internet "Flock".
Blogged with Flock
No comments:
Post a Comment