Monday, October 01, 2007

SELAMAT KAH RUMAH ANDA?

Baru-baru ini rumah rakan sekerja saya telah diceroboh masuk oleh 4 orang penyamun pencemar Ramadhan (kerana mereka membuat kerja durjana dalam bulan Ramadhan). Rakan saya baru balik bekerja sekitar jam 12: 30 tengah malam. Beliau masuk beradu (tidur) sekitar jam 1 pagi setelah mempastikan semua pintu rumah dikunci. Tiba-tiba sekitar jam 3 pagi dia terjaga dari tidur setelah 4 penyamun ini menceroboh masuk  kamar tidurnya dengan memecah pintu. Penyamun-penyamun ini bersenjatakan parang dan pisau dan mengarah rakan saya dan isteri serta anak sulongnya supaya diam, setelah isteri dan anaknya menjerit kerana terkejut dengan pencerobohan biadap tersebut. Tangan rakan saya telah diikat dengan wayar manakala tangan isterinya diikat dengan kain. Kesemua barang kemas, 2 laptop dan barang-barang berharga termasuk tali pinggang dan kasut rakan saya disamun. Sebelum penyamun-penyamun durjana itu melesapkan diri, seorang dari mereka mengawal rakan saya sekeluarga di kamar tidur tersebut manakala  3 penyamun lagi meratah semua makanan persediaan untuk sahur puasa Ramadhan. 
Menurut rakan saya, sebiji nasi pun tidak tertinggal di dapur apabila beliau membuat pemeriksaan, setelah beliau dapat membuka ikatan di tangannya selepas 4 penyamun melesapkan diri. Nasib baik rakan saya sekeluarga tidak mengalami kecederaan parah. Dan nasib baik penyamun-penyamun ini tidak menculik anak sulongnya yang berusia 5 tahun itu.
Saya empati mendengar cerita malang rakan sekerja saya ini kerana 3 tahun lepas rumah saya juga kena ceroboh pada ketika saya dan keluarga tiada di rumah.
Dari cerita ini, saya ingin mengajukan pertanyaan : Adakah rumah anda selamat dari pencerobohan pencuri atau penyamun?
Adakah anda telah melaksanakan langkah pengawalan hazad pencerobohan ini secara "ALARP - As low as Reasonably Practiable".
Dari pengalaman sendiri dan rakan saya, kedua-dua kami tidak memasang pagar besi (Grill) di pintu dapur rumah. Dari situlah penyamun-penyamun ini menceroboh masuk dengan memecah atau membuka paksa pintu tersebut.
Inilah langkah pengawalan ALARP yang dapat dilakukan tetapi kerana tidak membuat penilaian risiko, maka langkah pengawalan ini terlepas pandang. 
Keesokan harinya, sekitar jam 5 pagi rumah seorang Menteri Muda beberapa kilometer dari rumah rakan saya, pula diceroboh penyamun.
Rumah anda bagaimana, adakah ianya selamat? 
Nampak gaya kita tidak boleh bergantung kepada pemantauan (surveillance) pihak polis semata-mata, kita juga perlu proaktif membuat 'HIRAC - Hazard Identification, Risk Assessment and Control" terhadap hazad pencerobohan pencuri/penyamun ini. HIRAC ini sudah pasti berada dalam "Quadrant II" dalam Matriks segi empat "First Things First" ciptaan Stephen R. Covey.

1 comment:

nixx said...

sorry to hear that doc, burglar now are too daring.. police realy need to do something on this.