Sunday, January 18, 2009

KEMENTERIAN KAJI HENTI PERJALANAN BAS EKSPRESS TENGAH MALAM


Kementerian Pengangkutan  mengkaji untuk hentikan perjalanan bas ekspres tengah malam, begitulah saranan menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat. Dalam tulisan dalam blog saya sebelum ini, saya menyatakan salah satu faktor utama penyebab kemalangan jalanraya ialah keletihan atau fatigue yang disebabkan kekurangan tidur atau HUTANG TIDUR. Kajian menunjukkan tahap konsentrasi kognitif seseorang yang kurang tidur kerana berjaga melebihi 15 jam adalah sama dengan tahap konsentrasi kognitif orang yang mengandungi 0.1% tahap alkohol dalam darah (Blood alcohol level/BAC). Di Malaysia, seseorang itu akan didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol sekiranya tahap alkohol dalam darahnya menjangkau 0.08%. Saya mengalu-alukan saranan tersebut dan berharap ianya menjadi realiti.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

No comments: