Friday, May 01, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SELURUH PEKERJA MALAYSIA

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja yang disambut pada setiap tahun pada 1 Mei, kepada seluruh kaum pekerja Malaysia. Pekerja adalah aset utama sesebuah organisasi dan anggota penduduk yang produktif yang menjadi nadi utama ekonomi sesebuah negara. Pada 28 April 2009 yang lalu, seluruh dunia telah menyambut Hari Sedunia Untuk Keselamatan & Kesihatan di tempat kerja dengan tema 'Kesihatan & Kehidupan di tempat kerja : Asas Hak Asasi Manusia'. Semuga seluruh pekerja Malaysia akan menitikberatkan kesihatan dan keselamatan mereka kerana itulah sahaja aset yang paling berharga yang menjadi milik setiap pekerja.
Selamat Hari Pekerja dan Selamat Hari Keselamatan & Kesihatan di tempat kerja Sedunia 2009

No comments: