Apakah Faktor Kritikal itu? Faktor kritikal adalah "judgemental thinking", ia ibarat penjaga keselamatan (Pak Guard) yang menjaga pintu yang menghubung minda sedar dan bawah sedar. Faktor kritikal ini akan menyaring segala maklumat yang diterima dan mana-mana maklumat yang bertentangan dengan sistem kepercayaan akan dihalang dari masuk ke dalam minda bawah sedar. Contohnya, katalah seseorang sedang berfikir untuk berhenti merokok atau menerima nasihat untuk berhenti merokok, faktor kritikal ini akan memberi hujah kepada orang itu melalui 'judgemental thinking' bahawa kamu tak boleh berhenti menghisap rokok kerana baru tadi kamu merokok dan kamu adalah seorang perokok.
Faktor Kritikal ini boleh dipintas melalui 5 cara iaitu :
1. Melalui informasi yang diberi secara berulang-ulang. Media massa menggunakan kaedah ini untuk mempengaruhi orang ramai supaya percaya dengan maklumat yang disampaikan.
2. Apabila seseorang bersama dengan kelompok yang mempunyai nilai yang sama seperti keluarga dan rakan sebaya
3. Apabila seseorang mendengar kenyataan dari seseorang yang dianggap mempunyai otoriti
4. Ketika emosi seseorang terganggu atau bergejolak
5. Melalui proses hipnosis.
Apabila faktor kritikal dapat dipintas, maka seseorang akan berpindah dari gelombang otak beta kepada gelombang otak alfa, teta dan delta.
Untuk keterangan lanjut, Seorang Tokoh dan Guru Hipnosis & Hipnoterapi Indoensia yang terkenal, Pak Adi W Gunawan menyatakan hal ini di sini
bersambung...
No comments:
Post a Comment