Setiap orang dari kita terlibat dalam komunikasi, sekurang-kurangnya berkomunikasi dengan diri sendiri. Tambahan lagi profesyen saya yang setiap hari melibatkan komunikasi dengan pesakit.
Berapa orang dari kita yang mempunyai kemahiran dalam komunikasi. Hatta dengan diri sendiri pun kadang-kadang tanpa kita sedari kita bercakap perkara negatif sehingga ianya mengakar dalam diri kita hingga membuahkan tabiat dan perilaku negatif.
Berbalik kepada pertanyaan di atas, pertamanya saya hendak memperkenalkan secara ringkas apakah itu HIPNOSIS?
Hipnosis ialah seni berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Minda bawah sedar adalah satu kuasa yang dimiliki oleh setiap orang dari kita. Kita memiliki dua jenis minda iaitu minda sedar dan bawah sedar. Kajian psikologi menunjukkan, minda sedar cuma 10% mengawal aktiviti kita manakala 90% lagi dikawal oleh minda bawah sedar. Minda sedar adalah minda yang kita guna untuk berfikir setiap hari,di sana terletaknya fikiran kritis, analisis dan memori jangkapendik. Minda sedar berfungsi melalui pengawalan 5 pancaindera yang membawa informasi dunia nyata ke alam fikiran kita. Minda bawah sedar pula di mana sistem kepercayaan, kelakuan, attitude, memori jangkapanjang. Minda bawah sedar merekod segala maklumat yang masuk tanpa menolaknya. Jika anda ingin mengetahui secara lanjut anda boleh baca Buku Kuasa Minda Separa Sedar, tulisan Mohd Rozaini Pawan Chek di sini. Definisi Hipnosis yang diterima umum ialah dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, Bahagian Sumber Manusia iaitu “Hypnosis is the by- pass of critical factor of the conscious mind followed by the establishment of acceptabele selective thinking”.
Oleh kerana hipnosis itu satu cara untuk berbicara dengan minda bawah sedar, maka jelaslah mengapa saya sanggup mempelajarinya kerana ianya alat berkomunikasi yang efektif.
Bersambung
No comments:
Post a Comment