1. HIPNOSIS sama dengan PUKAU
Dalam ilmu hipnosis, seorang pengamal hipnosis atau hipnotis tidak menggunakan sebarang unsur magik dan mistik. Bukan senang hendak menghipnosis seseorang sekiranya seseorang itu tidak memberi kerjasama. Ilmu hipnosis adalah satu kemahiran yang memerlukan latihan yang berterusan. Ilmu hipnosis tidak menggunakan jampi serapah untuk menundukkan orang.
2. APABILA BERADA DALAM KEADAN HIPNOSIS, SEGALA RAHSIA AKAN TERDEDAH
Ini juga merupakan satu kefahaman salah. Seseorang yang berada dalam keadaan hipnosis tidak akan memberitahu rahsia peribadinya hatta beliau tidak akan menyerahkan nombor PIN bank kepada hipnotis. Selagi sesuatu saranan itu bertentangan dengan sistem nilainya, beliau tidak akan mengikut saranan tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang beragama Islam tidak akan menyoyakkan kitab suci Al Quran jika disuruh kerana ianya bertentangan dengan sistem kepercayaannya sebagai seorang muslim
3. APABILA BERADA DI DALAM HIPNOSIS, MAKA KITA AKAN TERPERANGKAP DALAM KEADAAN HIPNOSIS BERTERUSAN
Ini juga satu kepercayaan yang amat salah. Selama 500 tahun ilmu hipnosis ini wujud, tak ada seorangpun yang terperangkap dalam keadaan hipnosis sepanjang masa. Malah ada orang yang berada dalam hipnosis mengalami ketenangan yang amat sangat dan ingin untuk terus kekal dalam keadaan hipnosis juga tidak berjaya berbuat demikian.
Sebenarnya, semua hipnosis sebenarnya adalah 'self hypnosis' atau hipnosis kendiri. Seorang hipnotis (ahli hipnosis) cuma bertindak sebagai pembimbing untuk seseorang memasuki keadaan tranz (?kusyuk) melalui proses hipnosis. Hipnosis adalah fenomena biasa kehidupan. Ketika kita menonton cerita di layar TV, kadang kadang kita merasa berada dalam adegan cerita tersebut malah sedih dan menangis bersama watak dalam cerita tersebut yang sedang menangis. Kita tidak menyedari persekitaran kita. Ketika kita membaca buku dengan penuh kusyuk, sehingga orang memanggil nama kita pun kita tidak mendengarnya.
Apabila kita mengamalkan 'self hipnosis' maka sedarlah kita bahawa ianya sama sekali tidak sama dengan ilmu pukau, malah ianya adalah satu teknik komunikasi dengan minda bawah sedar kita. Alangkah untungnya kita, jika kita dapat menggunakan minda bawah sedar untuk mengembang kejayaan dan keyakinan diri dalam mengharungi cabaran dunia di era globalisasi ini yang penuh dengan stres dan cabaran menggila.
Sebenarnya jika dikaji, ilmu pukau mengekploitasikan 4 dari 5 cara memintas faktor kritikal yang saya tulis dalam entri terdahulu.
Beberapa istilah perlu kita fahami:
Hipnosis ialah ilmu komunikasi dengan minda bawah sedar
Hipnoterapi ialah ilmu terapi menggunakan proses hipnosis
Hipnotis ialah pengamal ilmu hipnosis
Hipnoterapis ialah ahli terapi yang menggunakan hipnosis untuk memberi terapi kepada sesuatu keadaan.
Seorang hipnotherapis sudah pasti seorang hipnotis, tetapi seorang hipnotis belum pasti seorang hipnoterapis. Hipnoterapis memerlukan latihan tambahan.
bersambung......
No comments:
Post a Comment