Tuesday, January 08, 2013

iPad Mini

Sudah tiga minggu saya mennggunakan iPad Mini sebagai pembantu peribadi. Saya memiliki iPad generasi pertama berkapasiti 16G dan wifi yang dibeli 3 hari selepas pelancaran di Malaysia, 3 tahun lepas. Saya hadiahkan iPad tersebut kepada isteri saya. Secara peribadi saya tidak menyukai iPad tersebut kerana saiznya. Saya memiliki Mac Book Air 11 inci dan memakainya sebagai komputer utama saya selain daripada MacBook yang berkhidmat setia di rumah saya. Saya juga memiliki iPod Touch generasi ke 4 tetapi jarang digunakan kerana saya merasai saiznya terlalu kecil. Mungkin kerana itu juga saya tidak memakai iPhone walaupun saya menghadiahkan iPhone 4s kepada anak saya.
Apabila iPad mini dikeluarkan oleh Apple di bawah teraju Tim Cook, entah macamana hati saya mula tertarik semula dengan iPad. Saya membuat keputusan membeli iPad mini 64G versi wifi. Saya tidak memilih versi wifi dan 3G kerana stok tidak ada ketika itu. Namun sebab utama saya tidak mahu menunggu kedatangan stok baru ialah saya sudah melanggan pakej jalurlebar Home Wifi Dari Maxis. Dalam Minda saya mengatakan buat apa membazir RM400 ringgit lebih untuk membeli iPad versi wifi Dan 3G. Lagipun saya ingin mengelak daripada ketagihan Internet 24 jam sehari.
Sekarang saya memang sudah menyukai iPad Mini malah ianya sudah mulai mengambilalih tugas MacBook Air. Tugas pertama yang akan menguji keupayaannya ialah saya akan menggunakannya untuk menyampaikan presentasi dalam kursus BLS hari jumaat ini. Sehingga itu, saya akan melaporkan prestasinya nanti.