Friday, November 23, 2007

BASIC ERGONOMICS WORKSHOP



I accompanied Ergonomics Guru, Dr Jalaluddin Dahalan of My-ERGOWORKS, who conducted one day workshop on Basic ERGONOMICS for the employees of Taiyo Yuden Sarawak Sdn Bhd, at SamaJaya Free Industrial Zones, Kuching on 20th November 2007.
30 employees who attended the workshop, learned about the basic knowledge on ERGONOMICS which aimed at creating EFFECIENCY AND WORK STANDARDS by improving the work flow and environment which fit to the capability of the workers, so that they can increase their PRODUCTIVITY. Fitting the workplace to the capability of the workers is vital inorder to safeguard the workers SAFETY and HEALTH.
By ignoring ERGONOMICS values at workplace, the workers will suffer Musculoskeletal Disorders (MSDs). MSDs - if detected at earlier stage, will reduce the medical cost as well as prevent the workers from further injury and disability.  If UNERGONOMICS situation is not corrected earlier , it will cause irreversible Musculoskeletal Injuries -   affecting primary tool (workers) capability to perform and affect the productivity performance of the company.
Dr Jalaluddin asked me to give lecture on Musculoskeletals Disorders, Thank you Sifu.

Sunday, November 18, 2007

KEADAAN TIDAK SELAMAT


Gambar di atas  menunjukkan keadaan lantai yang tidak selamat.

KAKI MELECUR KERANA CECAIR KIMIA


Gambar di atas menunjukkkan kaki seorang pekerja dari sebuah kilang besi-keluli, yang melecur akibat tumpahan cecair kimia toksik yang digunakan di tempat kerja. Gambar ini diambil selepas 4 hari kejadian tersebut berlaku.

KEADAAN TIDAK SELAMAT


Gambar di atas, saya ambil dari sebuah restoran beberapa bulan lepas.

Friday, November 16, 2007

KEADAAN TIDAK SELAMAT


Gambar di atas adalah gambaran kesesakan kenderaan di bulatan Padang Merdeka di Bandaraya Kuching pada bulan Ramadhan yang lepas. Kesesakan jalanraya merupakan satu keadaan tidak selamat dan boleh mengakibatkan kemalangan jalanraya jika ianya disertai oleh sikap atau amalan pemanduan yang cuai. Keadaan tidak selamat merupakan salah satu faktor penyumbang kemalangan. Keadaan tidak selamat selalunya melibatkan keadaan persekitaran seperti persekitaran tempat kerja, keadaan jalanraya dan sebagainya.

Thursday, November 15, 2007

TINDAKAN/AMALAN TIDAK SELAMAT




Gambar di atas menunjukkan beberapa amalan/tindakan yang tidak selamat.

Wednesday, November 14, 2007

TINDAKAN TIDAK SELAMAT


Selalunya,sesuatu  kemalangan berpunca daripada dua faktor penyebab iaitu Tindakan Tidak Selamat (Unsafe Act) dan Keadaan Tidak Selamat (Unsafe Condition).  Faktor penyumbang lain yang terlibat ialah sikap perlakuan (behaviour) seseorang yang menghasilkan tindakan yang tidak selamat tersebut. Gambar di atas saya rakam pada 3 November yang lalu ketika saya dalam perjalanan untuk melawat anak saya di asrama sekolah. Pemandu tersebut telah secara sedar atau tidak mengambil risiko untuk memotong kenderaan saya dan beberapa kenderaan di hadapan. Nasib beliau agak baik kerana kemalangan belum berlaku. Konsekuen daripada perlakuan  dan tindakan beliau yang berisiko tinggi ini akan menyebabkan beliau meneruskan perlakuan ini pada masa akan datang. Ini dinamakan konsep ABC (Activator-Behaviour-Consequence) atau dipanggil oleh Prof. Al-Mahdi sebagai 'The Law of Learning', yang menjadi asas kepada aliran Keselamatan Berasaskan Perlakuan (Behaviour-Based Safety/BBS).
Oleh kerana tiada kemalangan berlaku, pemandu tersebut mendapat kepuasan daripada tindakan beliau, merasakan dialah 'juara' pada hari tersebut. Kepuasan ini akan menggalakkan beliau meneruskan amalan memandu tersebut pada masa akan datang sehinggalah berakhir dengan konsekuen negatif iaitu kemalangan. 

Monday, November 12, 2007

Kusyen Belakang


Hari ini saya membeli sebuah kusyen kerusi yang memberi sokongan kepada tulang belakang ketika kita duduk. Rekabentuk kusyen tersebut mengikut lengkungan tulang spinal yang berbentuk huruf S.
Kusyen magik ini boleh dikatakan kusyen yang ergonomiks yang dapat mengurangkan kesan kerusi yang tidak dibuat secara ergonomiks yang menyebabkan sakit tulang belakang (Low back pain) iaitu sejenis masalah "musculoskeletal disorders (MSDs)".

KEMALANGAN


Kemalangan boleh ditakrifkan sebagai kejadian berlaku yang tidak diingini dan tidak dirancang, yang mengakibatkan kemudaratan kepada manusia, hartabenda dan persekitaran. Kemalangan adalah satu akibat atau konsekuen kerana mengabaikan aspek keselamatan. Kemalangan adalah kejadian yang tidak dirancang, sebaliknya jika sesuatu kejadian kemalangan dirancang berlaku, maka ianya adalah satu sabotaj. Kemalangan membawa kemudaratan kepada manusia seperti kecederaan, gangguan kesihatan malah kematian. Kemalangan juga boleh memusnahkan persekitaran dan hartabenda.
Kemalangan tidak berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ianya berlaku hasil daripada rangkaian peristiwa yang menyumbang kemalangan tersebut. Rangkaian peristiwa yang menyumbangkan kemalangan boleh dibahagi kepada faktor penyebab kemalangan dan faktor penyumbang kemalangan.