Sunday, October 07, 2007

KEMALANGAN LAGI


Dalam perjalanan ke tempat kerja beberapa hari yang lalu, saya melihat sebuah kereta berada di dalam longkang tepi di jalan. Kemalangan ini mungkin berlaku awal pagi atau lewat malam.
Saya masih meyakini bahawa, selain daripada kecuaian pemandu , dua punca penting yang boleh mengakibat kemalangan jalanraya ialah mabuk kerana alkohol dan juga keadaan mengantuk. 
Keadaan mengantuk ini sering berlaku di kalangan pekerja shif. Pekerja shif di kilang-kilang yang beroperasi 24/7 (24 jam, 7 hari berturut-turut) banyak mengalami apa yang dinamakan HUTANG TIDUR (Sleep Debt).
Ada tempat kerja yang secara diam memaksa pekerja mereka membuat kerja lebih masa (over-time) sebaik sahaja pekerja berkenaan habis bekerja shif malam. Pekerja tersebut yang sepatutnya berehat untuk pulih daripada hutang tidur, terpaksa meneruskan kerja atas arahan majikan yang mahu mereka melakukan kerja lebihan masa. Majikan menggunakan istilah "overtime" dengan meletakkan nama pekerja ini dalam jadual kerja di mana pekerja ini tidak mempunyai pilihan.
Saya pernah menemui seorang pekerja yang bekerja 2 minggu berterusan. Pekerja ini datang dalam keadaan yang tidak bermaya dan mengalami keletihan(fatigue) yang amat sangat. Sebagai seorang doktor kesihatan pekerjaan saya memberi nasihat dan menerangkan akibat daripada amalan kerja berterusan kepada pekerja tersebut. Saya terkejut, apabila beliau memberitahu saya yang dia tiada pilihan lain. Beliau meminta cuti sakit, saya rasa itulah alternatif terbaik untuknya. Inilah yang saya namakan hamba abdi moden era perindustrian.

2 comments:

Anonymous said...

Asskum saya ingin meminta pendapat Dr. Seorang pekerja mengadu jari kelingking patah akibat cuba menahan diri dari jatuh semasa berjalan menuruni tangga. Yang menjadi mushkil beliau pergi ke klinik mendapat rawatan selepas 2 hari kemalangan berlaku dan mendapat MC 32 hari.Meragui beliau menipu untuk mendapat tuntutan socso dan mengaku kemalangan berlaku di tempat kerja.Mungkin keadaan seperti tersebut berlaku jari patah,tapi hanya 2 hari selepas tu baru keklinik.Harap Dr. dapat memberi pendapat TQ

Dr AINI BIN Hj. MURNI said...

Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi komen di sini...... anda boleh hubungi saya dengan identiti sebenar di email saya:
dr_ainimurni@kcsh.kpjhealth.com.my