Monday, November 12, 2007

KEMALANGAN


Kemalangan boleh ditakrifkan sebagai kejadian berlaku yang tidak diingini dan tidak dirancang, yang mengakibatkan kemudaratan kepada manusia, hartabenda dan persekitaran. Kemalangan adalah satu akibat atau konsekuen kerana mengabaikan aspek keselamatan. Kemalangan adalah kejadian yang tidak dirancang, sebaliknya jika sesuatu kejadian kemalangan dirancang berlaku, maka ianya adalah satu sabotaj. Kemalangan membawa kemudaratan kepada manusia seperti kecederaan, gangguan kesihatan malah kematian. Kemalangan juga boleh memusnahkan persekitaran dan hartabenda.
Kemalangan tidak berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ianya berlaku hasil daripada rangkaian peristiwa yang menyumbang kemalangan tersebut. Rangkaian peristiwa yang menyumbangkan kemalangan boleh dibahagi kepada faktor penyebab kemalangan dan faktor penyumbang kemalangan.

No comments: