Wednesday, November 14, 2007

TINDAKAN TIDAK SELAMAT


Selalunya,sesuatu  kemalangan berpunca daripada dua faktor penyebab iaitu Tindakan Tidak Selamat (Unsafe Act) dan Keadaan Tidak Selamat (Unsafe Condition).  Faktor penyumbang lain yang terlibat ialah sikap perlakuan (behaviour) seseorang yang menghasilkan tindakan yang tidak selamat tersebut. Gambar di atas saya rakam pada 3 November yang lalu ketika saya dalam perjalanan untuk melawat anak saya di asrama sekolah. Pemandu tersebut telah secara sedar atau tidak mengambil risiko untuk memotong kenderaan saya dan beberapa kenderaan di hadapan. Nasib beliau agak baik kerana kemalangan belum berlaku. Konsekuen daripada perlakuan  dan tindakan beliau yang berisiko tinggi ini akan menyebabkan beliau meneruskan perlakuan ini pada masa akan datang. Ini dinamakan konsep ABC (Activator-Behaviour-Consequence) atau dipanggil oleh Prof. Al-Mahdi sebagai 'The Law of Learning', yang menjadi asas kepada aliran Keselamatan Berasaskan Perlakuan (Behaviour-Based Safety/BBS).
Oleh kerana tiada kemalangan berlaku, pemandu tersebut mendapat kepuasan daripada tindakan beliau, merasakan dialah 'juara' pada hari tersebut. Kepuasan ini akan menggalakkan beliau meneruskan amalan memandu tersebut pada masa akan datang sehinggalah berakhir dengan konsekuen negatif iaitu kemalangan. 

No comments: